Cara untuk Perniagaan Berkembang Maju

Cara untuk Perniagaan Berkembang Maju

Memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan perancangan yang mengambil kira pelbagai aspek. Antara aspek penting untuk memulakan perniagaan adalah validasi pasaran, keperluan pelanggan, faham risiko perniagaan, pemilihan nama syarikat dan yang paling penting ialah merancang kewangan dengan betul.

Perancangan kewangan yang teratur boleh menjamin kestabilan perniagaan dalam tempoh jangka panjang. Pastikan anda menyusun pelan kewangan yang kukuh atau memohon pinjaman mikro yang sesuai dengan kapasiti perniagaan anda.

Tahukah anda kepentingan aliran tunai?

Tahukan anda aliran tunai itu penting?

Aliran tunai terbahagi kepada aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar. Ia sangat penting kerana ia adalah nadi perniagaan. Ia merangkumi jualan tunai, bayaran daripada penghutang, modal tunai tambahan, wang pinjaman, komisen tunai dan banyak lagi. Kos permulaan perniagaan, pembelian aset, pembelian tunai stok/inventori, kos pentadbiran, pemasaran dan operasi dan pelbagai lagi termasuk dalam kategori aliran tunai.

Kajian-kajian mendapati bahawa antara faktor besar yang menyebabkan sesebuah perniagaan itu gagal atau lingkup adalah disebabkan oleh isu kehabisan wang tunai. Penyata untung rugi  tidak mencatat pembayaran pokok yang anda buat kepada bank. Anda mungkin mendapat keuntungan yang banyak, tetapi jumlah wang yang telah dibayar kepada bank setiap bulan boleh menyebabkan anda tersasar dari jumlah belanjawan perniagaan. Sebaliknya, penyata aliran tunai dapat memberitahu ke mana wang yang dibelanjakan pergi.

Cashflow ini penentu pada pengurusan kewangan syarikat tentang unjuran projek tahunan, pengiraan kos, untung, target keuntungan, simpanan, pelaburan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.

3 fungsi jelas tunai – Satu, memang mustahak untuk pusingan modal. Kedua, untuk gaji staff dan juga anda sebagai pemilik bisnes. Dan yang ketiga untuk rekod dan filing.

Bagaimana untuk anda mendapatkan aliran tunai jika anda perniagaan baru? Anda sama ada boleh memilih untuk menggunakan wang peribadi, memohon bantuan kerajaan atau memohon pinjaman mikro.

Apakah itu pembiayaan mikro

Apa itu pembiayaan mikro?

Pembiayaan mikro ialah pembiayaan untuk perniagaan kecil-kecilan dan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah antara RM1,000 hingga RM50,000 untuk usahawan mikro. Ia diberikan untuk tujuan perniagaan sahaja seperti membiayai modal pusingan dan pembelian aset tetap. Fahami, pembiayaan ini bukan pinjaman peribadi.

Mohon pinjaman mikro daripada WhyQ

Mohon Pinjaman Mikro Melalui Aplikasi WhyQ KiraKira

Simpan kira-kira atau Bookkeeping adalah salah satu elemen penting untuk memastikan kestabilan dan indikator tahap kewangan perniagaan. Aplikasi WhyQ KiraKira sangat serba boleh dan telah menyokong lebih 20,000 perniagaan di Malaysia, sama ada produk atau perkhidmatan, termasuk kedai makan, elektronik, fesyen, kesihatan, kecantikan, pusat tuisyen dan sebagainya.

Aplikasi WhyQ KiraKira bukan sahaja menyediakan platform untuk perniagaan memantau jualan dan perbelanjaan, tapi untuk merekod hutang dan memohon pembiayaan mikro di bawah WhyQ.

Di dalam aplikasi WhyQ KiraKira, kami baru sahaja lancarkan fungsi untuk memohon pinjaman mikro. Cara-cara untuk memohon?

  1. Muat turun aplikasi WhyQ KiraKira
  2. Tekan butang PINJAMAN MIKRO
  3. Khidmat pelanggan WhyQ akan hubungi anda, anda hantar dokumen penting kepada kami
  4. Permohonan anda dihantar ke bank, dan kami akan maklumkan status permohonan

Kami akan mudahkan urusan anda pinjaman anda dengan mencadangkan pinjaman yang sesuai dengan kehendak perniagaan anda, memastikan kadar faedah yang rendah juga.

Bagaimana pinjaman mikro membantu perniagaan

Bagaimana pinjaman mikro membantu perniagaan?

Kami serba maklum yang perniagaan mikro dan kecil dan sederhana memerlukan bantuan untuk memulakan dan mengekalkan perniagaan mereka di awal penubuhan. Jadi, kami sediakan ‘one-stop solution’ untuk memohon pembiayaan mikro daripada 80+ pilihan pembiayaan melalui aplikasi WhyQ KiraKira

Paling penting, pinjaman mikro kami dibuka kepada semua. Semua usahawan mikro yang berdaya maju layak untuk mendapat pembiayaan mikro, dan kelulusan permohonan bergantung sepenuhnya pada penilaian kewangan setiap pemohon.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda boleh menggunakan jumlah wang tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan anda dalam tempoh yang sukar, pasca pandemik. Pelbagai aktiviti pemasaran, pusingan moda, menambah baik produk atau perkhidmatanl dan macam-macam lagi boleh dilaksanakan dengan pinjaman mikro tersebut.

Jadilah peniaga yang bijak, mohon pinjaman mikro daripada WhyQ sekarang. Muat turun aplikasi WhyQ KiraKira untuk menguruskan Bookkeeping perniagaan anda dan juga memohon pinjaman mikro yang sesuai dengan perniagaan anda.

Mengapa anda perlukan sistem Bookkeeping untuk menjimatkan kos dan mengurus perniagaan anda dengan mudah? Baca blog WhyQ Bookkeeping Blog di sini.

Google Play Store Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=sg.whyq.kirakira

App Store IOS: https://apps.apple.com/dk/app/whyq-kirakira-bookkeepingbiz/id1620373495